Tuesday, November 18, 2008

Ayam Masak Kicap


Bahan-bahannya:
Bahan A
1 ekor ayam dipotong kecil
2 biji kentang dipotong wedges kemudian digoreng hingga masak
1 pokok dauh bawang dipotong kecil
3 sudu besar kicap pekat atau secukup rasa
3 sudu besar sos tomato atau secukup rasa
1 sudu besar serbuk kunyit
5 biji cili padi dipotong halus
2 biji cili merah dipotong
Sedikit serbuk lada hitam

Bahan B
1 ulas bawang besar/merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 cm halia (ditumbuk halus)
2 sudu cili kering dikisar (ikut selera masing-masing)


Cara-caranya:
1. Bersihkan ayam kemudian gaulkan dengan kunyit.
2. Gorengkan ayam sehingga garing dan ketepikan.
3. Goreng kentang sehingga garing dan ketepikan.
4. Tumiskan bahan-bahan B sehingga wangi.
5. Kemudian masukkan cili padi, cili merah, sos tomato, serbuk lada hitam, kicap pekat dan air. 6. Biarkan sehingga mendidih.
7. Masukkan ayam, kentang dan daun bawang.
8. Gaul sebati dan angkat. Sedia untuk dihidang.

Nota:

  • Ikut cara masing-masing nak letak kentang ataupun tidak.
  • Untuk bahan-bahan menumis seperti bawang putih/merah/besar dan halia, kita akan selalu sediakan awal-awal. Maksudnya kita akan kisar siap-siap dan letak di dalam fridge, bila nak guna mudah dan cepat.
  • Walaupun masak kicap kita suka pedas-pedas, ikut citarasa masing-masing la yek.

Selamat Mencuba!

Monday, November 3, 2008

Chicken Kebab


Bahan-bahannya:

Bahan A
Isi ayam dipotong dadu (500 gm)
Bawang putih dikisar
Bawang merah dikisar
Halia dikisar
Daun bawang
Madu
Sebiji lemon
Light soy sauce
Minyak masak
Sedikit serbuk cili
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B
Cendawan butang yang segar
Tomato dipotong dadu or cherry tomato
Red capsicum (dipotong dadu)
Green capsicum (dipotong dadu)

Cara-caranya:
1) Campurkan semua bahan-bahan A, gaul sebati dan diperap selama sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman (lagi sedap!).
2) Masukkan cendawan butang untuk setengah jam terakhir perapan, supaya dia sebati dengan bahan yang lain.
3) Cucukkan ayam, tomato, mushroom dan capsicum selang seli di lidi pembakar.
4) Masakkan di dalam oven atau pun di atas griddle pan dalam 7-8 minutes atau sehingga masak. Selalu balik-balikkan sehingga masak rata.
5) Masa tengah balik-balik kan di dalam griddle pan tu, tambahkan sedikir kicap / mirinated sos ke atas ayam itu.
6) Sedia untuk dihidang. Bole dimakan dengan nasi ataupun roti ataupun dengan begitu sahaja.

Note:

  • Ayam tu ada yang dah siap dipotong dadu, sangat senang dan cepat.
  • Semua bahan di atas adalah mengikut cita rasa sendiri. Kita main agak-agak je. So kalau nak buat sedikit, pandai-pandai la budget yek hehe. Tapi cara-cara semuanya sama. Sangat senang tau nak buat.

Selamat mencuba!