Bahan-bahannya:
Bahan A
Isi ayam dipotong dadu (500 gm)
Bawang putih dikisar
Bawang merah dikisar
Halia dikisar
Daun bawang
Madu
Sebiji lemon
Light soy sauce
Minyak masak
Sedikit serbuk cili
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B
Cendawan butang yang segar
Tomato dipotong dadu or cherry tomato
Red capsicum (dipotong dadu)
Green capsicum (dipotong dadu)
Cara-caranya:
1) Campurkan semua bahan-bahan A, gaul sebati dan diperap selama sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman (lagi sedap!).
2) Masukkan cendawan butang untuk setengah jam terakhir perapan, supaya dia sebati dengan bahan yang lain.
3) Cucukkan ayam, tomato, mushroom dan capsicum selang seli di lidi pembakar.
4) Masakkan di dalam oven atau pun di atas griddle pan dalam 7-8 minutes atau sehingga masak. Selalu balik-balikkan sehingga masak rata.
5) Masa tengah balik-balik kan di dalam griddle pan tu, tambahkan sedikir kicap / mirinated sos ke atas ayam itu.
6) Sedia untuk dihidang. Bole dimakan dengan nasi ataupun roti ataupun dengan begitu sahaja.
Note:
- Ayam tu ada yang dah siap dipotong dadu, sangat senang dan cepat.
- Semua bahan di atas adalah mengikut cita rasa sendiri. Kita main agak-agak je. So kalau nak buat sedikit, pandai-pandai la budget yek hehe. Tapi cara-cara semuanya sama. Sangat senang tau nak buat.
Selamat mencuba!