Tuesday, July 22, 2008

Orange Butter Cake


Bahan-bahanya:
220gm gula
250 butter (di biarkan lembut pada disuhu bilik)
300gm Tepung naik sendiri
5 biji telur
1 sudu vanilla essence
1 sudu orange essence
200gm Halwa kulit limau

Cara-caranya:
1. Masukkan butter dan gula, pukul hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
3. Kemudian masukan vanilla dan orange essence biarkan sebati.
4. Masukkan tepung sedikit-sedikit bersama halwa kulit limau.
5. Sediakan loyang untuk membakar.
6. Masukkan adunan tadi kedalam loyang dan bakar pada 150o selama 45 minit, atau sehingga masak.
7. Sedia untuk dihidang.

Nota:
Amat sedap dihidang bersama-sama minuman petang kegemaran anda.
Halwa kulit limau itu bole dibuat sendiri, dengan memarut kulit limau dan dibakar sedikit.
Jika hendak membuat butter cake sahaja, bole skip orange essence dan halwa kulit orange.

Selamat mencuba!

Monday, July 21, 2008

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahannya:
250gm spaghetti
3-4 biji cendawan butang dipotong halus
½ biji capsicum dipotong dadu
5-6 sudu besar sos spaghetti Tesco
50gm minced beef
1 sudu besar cili yang telah dikisar
1 sudu kecil bawang putih
2 sudu kecil bawang merah
Sedikit air
Sedikit minyak masak
Garam secukupnya

Cara-caranya:
1. Rebus spaghetti tadi bersama satu sudu besar minyak masak sehingga empuk.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama minyak. Biarkan garing sedikit.
3. Kemudian masukkan cili yang telah dikisar dan masak dengan api kecil sehingga pecah minyak.
4. Masukkan daging kisar tadi gaul rata, biarkan ianya masak sedikit.
5. Kemudian masukkan sos spagthetti dan gaul rata.
6. Masukkan pula cendawan butang dan capcicum dan jika pekat, campurkan air sedikit.
7. Masukkan garam jika perlu.
8. Ambil spaghetti yang telah direbus dan tuang kuah sos ini di atasnya.
9. Sedia dihidang.

Nota:
  • Spaghetti ada pelbagai size, kali ini saya menggunakan yang jenis tebal.
  • Boleh digantikan daging bersama ayam ataupun seafood kegemaran anda.
    Tambah kuantiti cili kisar jika ingin lagi pedas.
  • Kuah bole di simpan di dalam peti ais dan di panaskan bila hendak makan.

Selamat Mencuba!

Friday, July 18, 2008

Bergedil

*sori tak de gambar yang dah digoreng*


Bahan-bahanya:
1 kg kentang (dibuang kulit)
1 packet danging cincang
1 ikat daun sup (dicincang halus)
5 sudu besar bawang goreng
1 biji telur
Sedikit garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-caranya:
1. Goreng kentang sehingga empuk.
2. Kemudian lecek kentang sehingga hancur.
3. Goreng daging cincang tanpa minyak sehingga kering.
4. Masukkan gentang lecek, daging cincang yang telah digoreng, daun sup, sedikit garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sehingga betul-betul sebati.
5. Kemudian bentuk kan bulat-bulat mengikut saiz yang dikehedaki. Celupkan sedikit telur dan goreng.
6. Sedap dimakan begitu sahaja.

Nota:
Kita selalunya guna daging burger sebab selalunya kan daging burger tu dah siap segala macam rempah, lagi sedap tau.

Selamat Mencuba!

Thursday, July 17, 2008

Chicken Mushroom Soup with Veggie

Bahan-bahanya:
1 tin pati sup ayam – brand yang dicadangkan Chicken Campbell soup (thick)
6-7 biji cendawan butang yang didalam tin (dipotong halus-halus)
2 batang sayur celery (dipotong kecil-kecil)
½ batang carrot (dipotong bulat)
1 ½ cawan air

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk.
2. Masukkan satu cawan air dahulu.
3. Kemudian masukkan pati soup ayam tersebut dan gaul sebati. Pukul sedikit, supaya ianya tidak bergentel.
4. Masukkan pula carrot dan celery, biar empuk sedikit.
5. Kemudian masukkan pula cendawan butang gaul sebati. Biarkan mendidih.
6. Jika terlalu pekat, masukkan air sehingga berpuas hati.
7. Sedia dihidang panas.

Nota:
Sup ini sedap dimakan bersama-sama garlic bread ataupun biskut Jacobs.
Juga bole ditambah pelbagai jenis sayuran atau isi ayam, ikut selera masing-masing.
Pukul sup dengan mengunakan pemukul telur yang manual itu.


Selamat Mencuba!

Garlic Bread

Bahan-bahan:
1 batang roti banquet (dipotong dalam 1.5 inchi lebar)
250gram butter (unsalted butter)
2 sudu kecil (atau sesedap rasa) Mc Cormick Garlic Powder
*Mc Cormick Garlic Powder bole didapati dimana-mana hyper market.

Cara membuatnya:
1. Cairkan butter di dalam kuali, biar kan menjadi cecair.
2. Tutup api.
3. Kemudian masukkan Mc Cormick Garlic Powder kedalam butter tersebut dan kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan butter tersebut ke dalam pinggan, supaya senang untuk mencelup roti tadi.
5. Celupkan disatu bahagian roti berkenaan sehingga habis butter yang telah cair itu.
6. Bakar roti tersebut didalam oven kecil selama 2-3 minute (ikut masing-masing la yek).
7. Hidang.

Nota:
Sesuai sekali dimakan begitu sahaja ataupun bersama-sama sup kegemaran anda.

Selamat Mencuba!

Wednesday, July 16, 2008

Garlic Potato with Pasley

*gambar ihsan: HelmyEmran*


Bahan-bahan:
6 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong bentuk wedges)
250 gm butter
3 sudu garlic powder
2 sudu daun parsley (flakes)
*Ada macam-macam brand, tapi brand Mc Cormick yang paling tahan lama.

Cara membuatnya:
1. Rebus kentang sehingga empuk. Biarkan sejuk.
2. Cairkan butter sehingga menjadi cecair.
3. Kemudia masukkan garlic powder dan daun parsley.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Sedia untuk dihidang.

Nota:
Hidang panas-panas tau, lagi sedap.
Kalau bole kentang tu jangan empuk/lembik sangat, tak berapa sedap nanti.
Kesemua barangan Mc Cormick bole didapati di-section yang sama dengan garlic powder, dihampir kesemua hypermarket.

p/s: Sorry gambar tak de, tak sempat nak buat lagi, nanti dah buat akan ditukar gambarnya OK.

Selamat Mencuba!

Pasta Salad

Bahan-bahan:
500g Spiral pasta
1 botol Italian dressing
1 package serbuk keju
Broccoli besar dua penumbuk
2 batang lobak merah
2-3 biji capsicum (cili bulat)
2 biji bawang besar yang dipotong bulat
3 biji cili merah (optional)

Cara membuatnya:
1. Rebus pasta bersama satu sudu minyak masak, sehingga empuk.
2. Potong kesemua sayur-sayuran di atas mengikut kesesuaian hidangan.
3. Carrot dan capsicum dicadangkan potong panjang-panjang untuk memudahkan makan.
4. Rebus / stim (ikut kesesuaian masing-masin) broccoli dan lobak merah sehingga masak.
5. Kemudian tos kan semua sayur-sayuran itu. Ketepikan dahulu.
6. Panaskan dapur, masukkan sedikit minyak (kalau ada butter lagi sedap) dan masukkan bawang besar, kacau sehingga sedikit layu.
7. Kemudian masukkan capsicum dan kacau dalam 1 minute dan tutup api.
8. Masukkan serbuk keju dan gaul kan sebati.
9. Sediakan tempat yang besar untuk menggaul segala bahan.
10. Campurkan pasta, kesemua sayur-sayuran yang direbus dan ditumis bersama-sama Italian dressing.
11. Gaul sehingga sebati dan biarkan sejuk.
12. Kemudian bole dimasukkan kedalam fridge selama sejam dan sedia untuk dihidang.

Nota:
Hidangan untuk 8-10 orang makan dihidangkan sebagai side dishes. Kalau nak kurang, kurangkan je bahan-bahan dia OK. Pasta bole disimpan di dalam fridge selama seminggu.

Spiral pasta yang berwarna-warni adalah yang paling cantik untuk dibuat begini (ala macam Kenny Rogers tu). Tetapi ianya agak mahal berbanding yang plain punya, rasanya sama je ;-).

Capsicum yang hijau paling murah ;-), tetapi kalau nak nampak lagi cantik pilih la yang berwarna merah.

Cili merah tu hanya untuk menambahkan rasa pedas sahaja, kalau nak pedas lagi, letak la cili padi hehe.

Italian dressing paling murah dan sedap ialah brand Kraft. Tapi pada saya, semua rasanya sama je ;-P

Serbuk keju bole didapati dimana-mana hypermarket, packaging berwarna merah dan harga RM3.80/pkg (dulu sebelum minyak naik harga, its RM2.20 tau!).
Selamat Mencuba!

Tuesday, July 15, 2008

Macaroni & Cheese

Bahan-bahannya:
120 gm macaroni
1 ¼ cawan air
½ cawan susu segar
2 inches cheddar cheese (dalam bentuk block)
1 sudu kecil butter
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk sederhana besar.
2. Masukkan semua bahan-bahan diatas.
3. Biarkan masak di atas api yang kecil.
4. Gaul sampai kering segala bahan-bahan tu.
5. Sedia untuk dihidang.
6. Makan panas-panas sedap!

Nota:
Sila pastikan ianya dimasak di atas api yang kecil.
Jangan tinggalkan macaroni masak sendiri di atas dapur.
Kacau sehingga kering, kalau tak nanti dia hangit dibawah.

p/s: Sue pinjam yek gambar Mac & Cheese you! Hehe... Thanks!

Selamat Mencuba!

Mixed Veggie with Dutch Mushroom

Bahan-bahan:
Broccoli
Kobis bunga
Lobak merah
Bawang besar yang dipotong bulat
Cendawan putih / Dutch mushroom yang segar
*bole didapati dimana-mana hypermarket berdekatan. Di section sayuran segar.
Sedikit butter untuk menggoreng
Suku cawan air masak

Cara membuatnya:
1. Potong kesemua sayur-sayuran di atas mengikut kesesuaian hidangan.
2. Cendawan pula di potong nipis-nipis.
3. Rebus / stim (ikut kesesuaian masing-masin) broccoli / kobis bunga dan lobak merah sehingga masak.
4. Kemudian tos kan semua sayur-sayuran itu.
5. Panaskan kuali kecil, masukkan butter dan bawang bersama-sama.
6. Biarkan bawang sehingga layu dan masukkan cendawan pula.
7. Setelah cendawan dan bawang masak, masukkan air suku cawan (sedikit je tau).
8. Kemudian masukkan kesemua sayur-sayuran tersebut dan gaul sehingga sebati.
9. Jika nak letak garam / pepper pun ok juga, tapi kalau tak letak pun dah sedap.
10. Sedia untuk dihidang.

Nota:
Untuk recipe ini, bergantung kepada berapa banyak hidangan yang diperlukan. So agak-agak je la ye nak letak berapa banyak bahan-bahan dia ye.

Cedawan segar lagi sedap sebab bila kita tumiskan bersama-sama sayuran lain, dia akan mengeluarkan air manis yang akan menyedapkan lagi makanan kita. Kalau guna yang tin tu bole, tapi hari tu dah try, memang tak berapa sedap.


Selamat Mencuba!

Monday, July 14, 2008

Potato Salad

Bahan-bahan:
6 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong 8)
500g mayonnaise (agak-agak nak berapa banyak)
Satu ikat daun sup dipotong
½ biji bawang kuning dipotong dadu
Sedikit lada sulah / serbuk lada putih

Cara membuatnya:
1. Rebus kentang sehingga empuk. Menigkut selera masing-masing. Biarkan sejuk.
2. Masukkan mayonnaise, daun sup, bawang kuning dan serbuk lada putih dan gaul sehingga sebati.
3. Kemudia masukkan kentang tadi.
4. Gaul sehingga sebati dan biarkan sejuk.
5. Kemudian bole dimasukkan kedalam fridge dan sedia untuk dihidang.

Nota:
Hidangan untuk 4-6 orang makan dihidangkan sebagai side dishes. Kalau nak kurang, kurangkan je bahan-bahan dia OK. Bole disimpan di dalam fridge selama seminggu.

Mayonise pun sama je rasa semua. Paling jimat jika beli yang packing dalam pelastik.
Selamat Mencuba!