Thursday, July 17, 2008

Garlic Bread

Bahan-bahan:
1 batang roti banquet (dipotong dalam 1.5 inchi lebar)
250gram butter (unsalted butter)
2 sudu kecil (atau sesedap rasa) Mc Cormick Garlic Powder
*Mc Cormick Garlic Powder bole didapati dimana-mana hyper market.

Cara membuatnya:
1. Cairkan butter di dalam kuali, biar kan menjadi cecair.
2. Tutup api.
3. Kemudian masukkan Mc Cormick Garlic Powder kedalam butter tersebut dan kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan butter tersebut ke dalam pinggan, supaya senang untuk mencelup roti tadi.
5. Celupkan disatu bahagian roti berkenaan sehingga habis butter yang telah cair itu.
6. Bakar roti tersebut didalam oven kecil selama 2-3 minute (ikut masing-masing la yek).
7. Hidang.

Nota:
Sesuai sekali dimakan begitu sahaja ataupun bersama-sama sup kegemaran anda.

Selamat Mencuba!