Monday, July 21, 2008

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahannya:
250gm spaghetti
3-4 biji cendawan butang dipotong halus
½ biji capsicum dipotong dadu
5-6 sudu besar sos spaghetti Tesco
50gm minced beef
1 sudu besar cili yang telah dikisar
1 sudu kecil bawang putih
2 sudu kecil bawang merah
Sedikit air
Sedikit minyak masak
Garam secukupnya

Cara-caranya:
1. Rebus spaghetti tadi bersama satu sudu besar minyak masak sehingga empuk.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama minyak. Biarkan garing sedikit.
3. Kemudian masukkan cili yang telah dikisar dan masak dengan api kecil sehingga pecah minyak.
4. Masukkan daging kisar tadi gaul rata, biarkan ianya masak sedikit.
5. Kemudian masukkan sos spagthetti dan gaul rata.
6. Masukkan pula cendawan butang dan capcicum dan jika pekat, campurkan air sedikit.
7. Masukkan garam jika perlu.
8. Ambil spaghetti yang telah direbus dan tuang kuah sos ini di atasnya.
9. Sedia dihidang.

Nota:
  • Spaghetti ada pelbagai size, kali ini saya menggunakan yang jenis tebal.
  • Boleh digantikan daging bersama ayam ataupun seafood kegemaran anda.
    Tambah kuantiti cili kisar jika ingin lagi pedas.
  • Kuah bole di simpan di dalam peti ais dan di panaskan bila hendak makan.

Selamat Mencuba!