Wednesday, July 16, 2008

Pasta Salad

Bahan-bahan:
500g Spiral pasta
1 botol Italian dressing
1 package serbuk keju
Broccoli besar dua penumbuk
2 batang lobak merah
2-3 biji capsicum (cili bulat)
2 biji bawang besar yang dipotong bulat
3 biji cili merah (optional)

Cara membuatnya:
1. Rebus pasta bersama satu sudu minyak masak, sehingga empuk.
2. Potong kesemua sayur-sayuran di atas mengikut kesesuaian hidangan.
3. Carrot dan capsicum dicadangkan potong panjang-panjang untuk memudahkan makan.
4. Rebus / stim (ikut kesesuaian masing-masin) broccoli dan lobak merah sehingga masak.
5. Kemudian tos kan semua sayur-sayuran itu. Ketepikan dahulu.
6. Panaskan dapur, masukkan sedikit minyak (kalau ada butter lagi sedap) dan masukkan bawang besar, kacau sehingga sedikit layu.
7. Kemudian masukkan capsicum dan kacau dalam 1 minute dan tutup api.
8. Masukkan serbuk keju dan gaul kan sebati.
9. Sediakan tempat yang besar untuk menggaul segala bahan.
10. Campurkan pasta, kesemua sayur-sayuran yang direbus dan ditumis bersama-sama Italian dressing.
11. Gaul sehingga sebati dan biarkan sejuk.
12. Kemudian bole dimasukkan kedalam fridge selama sejam dan sedia untuk dihidang.

Nota:
Hidangan untuk 8-10 orang makan dihidangkan sebagai side dishes. Kalau nak kurang, kurangkan je bahan-bahan dia OK. Pasta bole disimpan di dalam fridge selama seminggu.

Spiral pasta yang berwarna-warni adalah yang paling cantik untuk dibuat begini (ala macam Kenny Rogers tu). Tetapi ianya agak mahal berbanding yang plain punya, rasanya sama je ;-).

Capsicum yang hijau paling murah ;-), tetapi kalau nak nampak lagi cantik pilih la yang berwarna merah.

Cili merah tu hanya untuk menambahkan rasa pedas sahaja, kalau nak pedas lagi, letak la cili padi hehe.

Italian dressing paling murah dan sedap ialah brand Kraft. Tapi pada saya, semua rasanya sama je ;-P

Serbuk keju bole didapati dimana-mana hypermarket, packaging berwarna merah dan harga RM3.80/pkg (dulu sebelum minyak naik harga, its RM2.20 tau!).
Selamat Mencuba!