1 tin pati sup ayam – brand yang dicadangkan Chicken Campbell soup (thick)
6-7 biji cendawan butang yang didalam tin (dipotong halus-halus)
2 batang sayur celery (dipotong kecil-kecil)
½ batang carrot (dipotong bulat)
1 ½ cawan air
Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk.
2. Masukkan satu cawan air dahulu.
3. Kemudian masukkan pati soup ayam tersebut dan gaul sebati. Pukul sedikit, supaya ianya tidak bergentel.
4. Masukkan pula carrot dan celery, biar empuk sedikit.
5. Kemudian masukkan pula cendawan butang gaul sebati. Biarkan mendidih.
6. Jika terlalu pekat, masukkan air sehingga berpuas hati.
7. Sedia dihidang panas.
Nota:
Sup ini sedap dimakan bersama-sama garlic bread ataupun biskut Jacobs.
Juga bole ditambah pelbagai jenis sayuran atau isi ayam, ikut selera masing-masing.
Pukul sup dengan mengunakan pemukul telur yang manual itu.
Selamat Mencuba!